Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring
berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu. Lonjak hatinya
memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan
yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan
yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia
hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana
takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah
mereka yang banyak dukacitanya di dunia.
Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia
akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia
akan gembira di akhirat. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.
Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan.
Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,
mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat
yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.
"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."
(al- Hasr: 20)
Tangis adalah basahan hidup, justeru:
Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan
tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung
atau merugikan.
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan
titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."
Nabi Muhammad bersabda lagi :
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."
Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan,kerana ada tangisan yang akan
mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia
untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih
baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan
bertakhta.
Nabi SAW bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu
kebaikan yang menimbulkan rasa takabur."
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama
dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras
hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad bersabda :
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu niscaya kamu banyak menangis dan sedikit
ketawa."
Seorang Hukama pernah bersyair :
"Aku hairan dan pelik, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan
menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima
ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan. Lupakah
kita Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan
dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."
Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang
kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.
Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH
mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (AL BAQARAH : 216)
Bukankah Nabi pernah bersabda:
"Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana
engkau belum tahu, nasibmu di puak kanan atau di puak kiri. Di sana,
lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad
lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah SAW yang dikasihi Tuhan.
Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang
menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya
taubat.
Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata
"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang
itu."
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya "Kenapa engkau
menangis?" "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"
jawabnya.
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita
rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu
berkata : "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."
Ibnu Masud r.a.berkata : "Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu
malam ketika orang lain tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak
berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu
orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di
waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu
tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai,
bersuara keras dan marah.
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di
hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan
perhentian kami ialah ALLAH."
Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!.............

0 comments:
Post a Comment